13 hingga 15 Ogos 2018

FINE Learning Center, 9-2 Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati, Kuala Lumpur

Membangun Kompetensi Diri Menjadi TRAINER SUPER

Bengkel Holistik Membongkar Kejayaan Trainer Berkaliber & Berkredibiliti Tinggi

Seorang Trainer, Penceramah, Pembentang ataupun Pendidik adalah individu yang menyampaikan mengasimilasikan maklumat buat audiensnya. Ada pelbagai mode boleh dilakukan, sama ada ia mode berceramah, mode coaching ataupun mode program latihan. Apa yang membezakan antara satu mode dengan mode yang lain ada jenis komunikasi yang digunakan, sama ada ia satu ataupun dua hala. Juga kesan yang diberikan oleh mode dipilih.

Program TRAINER SUPER: The Train The Trainer adalah program pentauliahan untuk melahirkan seorang Trainer, Penceramah, Pembentang ataupun Pendidik yang dapat menggunakan mode dua hala dengan alat pengajaran yang berkesan.

Program ini memberikan input 3 fasa, Apabila Anda menyertai program ini, Anda akan mempelajari 3 perkara penting:

A) DIRI

Pada fasa ini Anda akan membangun mindset seorang TRAINER SUPER. Anda akan didedahkan kaedah STICK PERSON mengenal kekuatan dan potensi diri. Ia akan memperincikan bahagian-bahagian pada diri dan bagaimana setiap satunya memberikan kesan kepada sesuatu sesi pembentangan. Apabila kenal diri maka mereka akan lebih kenal audiens mereka. Anda juga akan didedahkan alat psikologi berkuasa tinggi yang dapat digunakan untuk memantapkan keyakinan dan kepercayaan diri bagi menghilangkan ketakutan pentas dan menguasai audiens.

B) GAYA

Pada fasa ini Anda akan didedahkan strategi membangun modul dan storyboard latihan sesuai dengan gaya pembelajaran audiens. Turut didedahkan kaedah membangun proposal bisnes untuk bisnes latihan bagi mereka yang ingin mengembangkan diri dalam bisnes latihan. Tip dan trik industri latihan yang tidak didedahkan dalam bengkel-bengkel lain, ia adalah rahsia master trainer yang hanya didedahkan buat Anda apabila menyertai program ini.

C) ALAT

Pada fasa ini Anda akan mempelajari kaedah membuat slaid berimpak tinggi. Anda akan dapat membezakan slaid yang banjir maklumat dengan slaid berimpak tinggi sesuai dengan kaedah penyerapan maklumat audiens. Anda juga akan mempelajari kaedah membentang secara konvensional dan tradisional. Kaedah konvensional menggunakan slaid powerpoint ataupun keynote, manakala kaedah tradisional menggunakan Marker Pen dan Whiteboard ataupun flipchart. Walaupun tradisional tetapi ia digunapakai oleh para trainer superstar dunia hingga sekarang. Anda juga akan mempelajari mengatur pentas untuk memberikan input yang berimpak tinggi.

Ini adalah bengkel yang holistik menggabungkan Neuro Linguistic Programming dan kemahiran menguasai multimedia dalam pembentangan dan sesi latihan bermodul.

Kerangka Program

Apa yang Anda Akan Perolehi?

Apabila Anda menyertai program ini Anda akan dapat:

Pengisian Modul

Apa Pengalaman yang Anda Akan Diperolehi Sepanjang Kursus

Aturcara Program Sepanjang 3 Hari

Perincian setiap sesi sepanjang tempoh kursus

Jurulatih Utama & Master Trainer

Fauzul  Na’im  Ishak  adalah  Master  Trainer  dan Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat FINE. Beliau  adalah  jurulatih yang diberikan  kepercayaan  untuk  memperkasa potensi diri warga kerja dengan  mengendalikan kursus pembangunan diri, komunikasi dan penulisan buku untuk organisasi-organisasi utama di Malaysia seperti Jabatan Perdan Menteri, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Dalam Negeri,  Tenaga  Nasional  Berhad  dan  Syarikat  Bekalan  Air Selangor.

Beliau juga adalah master trainer dan pengasas Analisa Profil DynamicDISC yang dibangunkan berdasarkan hasil kajian Dr. William Marston. Beliau juga adalah pakar dalam Analisa Profil Bahasa dan Tingkah Laku (LAB Profile) dan Neurolinguistic Programming (NLP). Dengan pengiktirafan industri latihan atas kredibiliti dan kewibawaan beliau, beliau dilantik sebagai Ahli Kehormat Pertubuhan  Perunding  Latihan  dan  Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN).

Beliau  adalah  Certified  NLP  Master  Practitioner  (ABNLP), Certified  NLP  Master  Coach,  Certified  Master Practitioner  of  Time  Line  Therapy™,  Certified  Practitioner  of HypnotherapyCertified Laughter Yoga LeaderCertified Trainer untuk Pembangunan Sumber Manusia Berhad, Certified Trainer  GE InternationalCertified Professional Trainer Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia,  Certified Professional Learning Facilitator (Mastery) Take Charge Sdn Bhd, Certified Bahavioral Consultant dan Certified DiSC Profile Analyst.

Antara Pelanggan yang Kami

Sertai TRAINER SUPER: Train The Trainer

Tarikh: 13 hingga 15 Ogos 2018

Tempat: FINE Learning Center, Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati 53300 Kuala Lumpur

Berapakah Pelaburan Anda?

Bengkel ini adalah hasil pengalaman master trainer sejak bertahun-tahun berada di dalam industri. Segala maklum balas yang diberikan oleh para audiens oleh beliau, segala hasil pembelajaran bersama para sifu dan master trainer bertaraf dunia, segala jumlah jam mengendalikan program bersama puluhan ribu manusia dan keseluruhan ini akan dicurahkan di dalam bengkel ini. hasrat beliau adalah untuk melahirkan lebih ramai trainer yang dapat meningkatkan kualiti dan standard industri latihan ke tahap tertinggi.

Kami memberikan jaminan 100% untuk program ini, jika ada yang merasakan sepanjang 3 hari ini mereka tidak memperoleh sebarang pembelajaran baru kami bersedia memulangkan pelaburan dibuat.

Yuran Kebijaksanaan

RM1200

Kami amat berminat untuk memberikan yang terbaik buat Anda, untuk itu kami berjaya menurunkan bajet untuk pelaksanaan program ini dengan menjalankannya di tempat kami. Walaupun begitu kualiti penyampaian dan persediaan tempat masih berada pada tahap tinggi. Jadi kami bersedia untuk menurunkan yuran kebijaksanaan untuk mereka yang mendaftarkan diri sebelum 31 Julai 2018

RM950 Sahaja

Anda ada tempoh masa

Anda Akan Memperoleh

  • Buku Kerja dan Nota Eksklusif TRAINER SUPER
  • *Sijil Pentauliahan Certified Super Trainer (Membolehkan Anda menawarkan pelbagai program dengan agensi kerajaan dan swasta)
  • Peluang untuk menyertai semula program TRAINER SUPER secara PERCUMA

*tertakluk kepada sejauh mana para peserta memenuhi kriteria penilaian ditetapkan oleh pihak master trainer

Daftarkan Diri Sekarang